11/24/2010

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:



"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pohon. (Ketika itu) Batu dan pohon akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuh dia', kecuali POHON GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pohon Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehingga apabila mereka berselindung di balik batu dan pohon untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pohon dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pohon Gharqad secara leluasa di Negara Haram Yahudi sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahwa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sadar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadist nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.


Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pohon Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pohon Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pohon Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pohon Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pohon Gharqad. Dan yang pastinya pohon Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia & Indonesia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

Pohon Gharqad adalah pohon African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pohon yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomat, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm saja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.



Di dalam halaman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pohon ini. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.
Halaman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pohon dan projek-projek lain. Penanaman pohon Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Toggle Footer